Monday, May 18, 2009

MENERIMA HUDUD

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan ygbijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluarkpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafirpun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satuanugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:
1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari seranganbinatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkanmasyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dankebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.
2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atautidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat.yang mana dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagidihukum di Akhirat.
Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahuluidengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukumHUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikanselesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidakpernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untukmemagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat ygsudah baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orangjahat yg sudah tidak dimakan ajar.Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yg majoritibelum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknyahudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk denganhukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hinggamasyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasihsayang lagi. Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudahberibu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalammasyarakat yg sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkanitu akan benar-benar memberhentikan maksiat.
Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkanuntuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidakberlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong,kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain “bercuti”dari kejahatan. Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.
ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahimungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannyaghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajakkebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudahtetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tingginilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebihadil dari “hudud-hudud duniawi” yg dicipta oleh manusia.Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotongtangan. Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjaraatau denda.Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannyaterpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanyadgn penjara atau denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri. Maka akan lebih ramai orang yg diseksanyakerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasabetapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mestidisakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’tangannya.
Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kakiturut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan,kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri keranatidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampaiorang yg kena curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatanhukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahanseseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasakesakitan yg seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain.Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu samatimbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap oranglain. Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. SudahALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak bolehditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkanmencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah:
-Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
-Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah
-Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah kahwin.
-Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.
-Rotan 80 kali untuk peminum arak.
Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya,cuma menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agarseimbang dgn kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu.Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalahdan apa kesalahan. Hukuman ta’zir yg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta dicontengmukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara,diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga diaserik untuk mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawahukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbulistilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti:“Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.”Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam lagi seperti contohnya ada orang ditangkap tanpadibicara dan disiksa secukupnya. tapi ini tidak berlaku dalam hukum hudud.
Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa. Ia lebih bermaksud untukmendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar.Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham ygsikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikirtentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggupdisusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan inihanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakanbenar-benar menyakitkan dan seimbang.Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan danmenginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.
Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kitatidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya.Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-pautdgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikanketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satuandaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah dari betulnya.Sebenarnya bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalammenerima sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosakimannya. Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh,hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalauhukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejamditolak? Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebihbesar darinya dari tangan yg dipotong itu.Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri daribangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannyasupaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakatterjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikutcara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan ygsungguh baik.Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri,kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapatahun. Keamanan dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat.Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidupIslam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiahdan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnyaakan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.